Sabtu, 24 April 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-1

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Laksamana Jaya Blok-A, Telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan JMB kali ke-1.

Gambar sekitar AGM 24/04/2010

Penduduk yang yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan ini, kesemua semua sebulat suara setuju dengan perlantikan Pengerusi dan AJK baru.

dan mereka juga memberi sokong kepada Rancangan yang JMB akan buat iaitu:
  1. Memasang CCTV di 9 lokasi
  2. Membuat Pelekat Kereta dan Motor
Dan akhirnya mesyuarat ditamatkan pada jam 10:15 malam

Selasa, 20 April 2010

Makluman Untuk Penduduk (1)

Sila ambil perhatian..!!!! Awning dapan akan dirobohkan pada 21/04/2010 (Rabu), Tolong jangan meletak Motorsikal anda pada hari berkenaan dan kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai.

Tujuan merobohkan awning adalah untuk keselamatan penduduk setempat kerana awning ini tidak selamat sudah uzur dan ada beberapa batang besi sudah berkarat, Mungkin ia akan runtuh.!!!! Bah kata pepatah ( Sediakan Payung Sebelum Hujan) Terima Kasih.

Isnin, 19 April 2010

Baiki Pagar Besi

Pihak Pengurusan Baru sedang baik pulih pagar yang rosak, Kerosakan yang dialami sejak Pengurusan terdahulu.

Rabu, 14 April 2010

Tidak Bertanggungjawab

Penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang Pasu Bunga, Pihak Pengurusan akan mengambil tidakan sewajar terhadap orang yang membuang pasu itu.

Khamis, 17 Disember 2009

KEROSAKAN II

Pihak Pengurusan mengalami kerugian ratusan ringgit akibat penduduk tidak bertanggungjawab terharap harta bersama, saluran paip dipecahkan itu adalah saluran paip tadahan air hujan.

dipercayai dihempak dengan kayu/besi/benda yang keras, Pihak Pengurusan telah membuat laporan Polis untuk tindakan selanjutnya.

Jumaat, 20 November 2009

KEROSAKAN LIFT II

Pihak Pengurusan mengalami kerugian ribuan ringgit akibat lift dirosakan oleh penduduk tak bertanggungjawab, seorang saksi berkata: dia nampak ada orang tendang pintu lift dan tarik dengan kuat.

Kerosakan yang dialami ialah roda dan pintu lift patah, hampir 3 hari orang ramai
terpaksa menaiki tangga setinggi 10 tingkat.




Khamis, 19 November 2009

KECURIAN MOTHERBOARD LIFT

Pihak Pengurusan JMB terkejut!!!!!! apa bila seorang AJK JMB masuk di bilik kawalan lift mendapati Motherboard lift utama tiada.

Kemungkinan telah dicuri sebelum pihak JMB mengambil alih pada 01 Okt 2009

Bukan Motherboard saja yang hilang wayar dan butang pun turut hilang.

ini adalah Motherboard Lift Bomba.

Contoh Motherboard