Selasa, 30 Jun 2009

PROGRAM HARI KELUARGA 2009


Gambar kenangan bersama YB Amiruddin (ADUN) Batu Caves

Pihak Badan Pengurusan Bersama Telah berjaya mengadakan satu Program Hari Keluarga 2009 di Perkarangan Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves.

Progam yang dianjurkan BPB dengan kerjasama JKM, En.Ravichandran berkata anjuran sebegini kita akan adakan pada siap tahun dan program ini akan menjadi program tahunan dan saya juga amat berterima kasih kepada YB Amiruddin Shaari dan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan diatas sumbangan mereka.

Acara sukan kanak-kanak melompat dan memecahkan belon.

manakala Setiauaha Puan Sarifah berkata: kami amat terima kasih kepada YB Amiruddin Shaari dan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan diatas sumbangan dan sokongan yang telah memberikan dan insya allah pihak BPB akan mengadakan Program Hari Keluarga pada setiap tahun,
Acara sukan dewasa tarik tali
AJK Badan Pengurusan Bersama En. Mohd Rafiq berkata: saya bersyukur kerana program yang kami rancang in telah pun berjalan dengan lancar dan saya dari pihak semua AJK Badan Pengurusan Bersama mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Amiruddin Shaari dan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan diatas sumbangan mereka dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam program tersebut serta tidak lupa terima kasih kepada saudara Syamsul yang banyak membantu saya serta kepada semua penduduk pangsapuri laksamana jaya telah banyak membantu dan memberikan sokongan besar kepada pihak kami.