Isnin, 9 November 2009

INSURAN KEBAKARAN

Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) meminta Zacklim membaiki pulih tempat yang terbakar akibat dibakar oleh orang yang tidak dikenali pada jam 4:57 pagi.

pekerja-pekerja Zacklim sedang membaiki pulih.
sedang simen dibahagian tempat kebakaran itu

ini satu lagi kebakaran yang dilakukan oleh orang mabuk yang sering kelihatan di kawasan ini.

Jumaat, 10 Julai 2009

LIFT SERING ROSAK I

Penduduk Pangsapuri Laksamana Jaya Blok-A, Menderita di sebabkan LIFT rosak sudah seminggu, Pihak Roven Management berkata: kami tidak ada duit untuk membaiki LIFT tersebut.

Kami Badan Pengurusan Bersama (JMC) telah berjumpa dengan Pihak Roven Management untuk mendapatkan jalan penyelesaian tetapi kami maklumkan bahawa pihanya tiada peruntukan secukupnya untuk membaiki dan berkata penduduk disini tidak membayar Penyenggaraan.

Kami Badan Pengurusan Bersama (JMC) memohon agar pihak ADUN / MPS / Ahli Majlis / sesiapa yang berkenaan agar dapat membantu kami dalam hal ini.

Pangsapuri disini kebanyakanya adalah wanga tua dan orang uzur, kami kesian kepada mereka yang Megandung, Sakit, Orang Tua, OKU, Kanak-kanak yang terpaksa menaiki tangga setinggi 10 tingkat.

Selasa, 30 Jun 2009

PROGRAM HARI KELUARGA 2009


Gambar kenangan bersama YB Amiruddin (ADUN) Batu Caves

Pihak Badan Pengurusan Bersama Telah berjaya mengadakan satu Program Hari Keluarga 2009 di Perkarangan Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves.

Progam yang dianjurkan BPB dengan kerjasama JKM, En.Ravichandran berkata anjuran sebegini kita akan adakan pada siap tahun dan program ini akan menjadi program tahunan dan saya juga amat berterima kasih kepada YB Amiruddin Shaari dan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan diatas sumbangan mereka.

Acara sukan kanak-kanak melompat dan memecahkan belon.

manakala Setiauaha Puan Sarifah berkata: kami amat terima kasih kepada YB Amiruddin Shaari dan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan diatas sumbangan dan sokongan yang telah memberikan dan insya allah pihak BPB akan mengadakan Program Hari Keluarga pada setiap tahun,
Acara sukan dewasa tarik tali
AJK Badan Pengurusan Bersama En. Mohd Rafiq berkata: saya bersyukur kerana program yang kami rancang in telah pun berjalan dengan lancar dan saya dari pihak semua AJK Badan Pengurusan Bersama mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Amiruddin Shaari dan Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan diatas sumbangan mereka dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam program tersebut serta tidak lupa terima kasih kepada saudara Syamsul yang banyak membantu saya serta kepada semua penduduk pangsapuri laksamana jaya telah banyak membantu dan memberikan sokongan besar kepada pihak kami.

Ahad, 15 Mac 2009

Rekreasi Kanak-kanak dan Remaja

Kelab Pemuda BPB mengadakan permainan Sepak Takrow di padang yang serba berkekurangan, pada sebelah petangnya semua kanak-kanak dan remaja akan bermain, tetapi permain ini akan berakhir pada jam 7:00 petang, kerana ketiadaan lampu untuk menerangi padang terbut.

Pada waktu yang sama kanak-kanak yang berminat bermain permainan Badminton pula turut ambil peluang untuk bermain di persekitaran tempat letak kereta, kerana tiada gelangang Badminton dan mereka ini tetap bersemangat untuk bermain kerana mereka ini ada bakat permainan Badminton.


Bagi kanak-kanak yang bawa umur juga turut berekreasi pada sebelah petangnya seperti: Berlari, Lompat tali, Bermain guli, bermain gasing dan sebagainya ditaman yang serba bekekurangan ini,tidak terlepas pula remaja perempuan turut bermain bersama dengan permainan bola tampar, bola keranjang. Cuba anda melihat kanak-kanak ini, meraka mahu anda sentiasa disisi dan membimbing mereka.

Saya berharap Tuan / Puan boleh memberi galakkan dan sokongan serta memberi sumbangan dalam apa saja bentuk sekalipun.

Ahad, 8 Mac 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG

PROGRAM GOTONG ROYONG
Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (BPB) Pangsapuri Laksamana Jaya (Blok-A) mengadakan satu Program Gotong Royong pembersihan kawasan bersama dengan penduduk setempat.

Kawasan : Pangsapuri Laksamana Jaya (Blok-A)
Pada : 08 March 2009
Masa : 8:00 pg - 11:00 pg

Kami mengalu-alukan semua penduduk (Blok-A) dapat hadir pada hari berkenaan dan bersama-sama kita membersihkan kawasan kita.

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ahad, 1 Mac 2009

ORGANISASI

CARTA ORGANISASI SESI 2008 / 2009

En. (Letak Jawatan)
Pengurusi

Pn. Sarifah Binti Seleman
Setiausaha

Pn. Sabthanamary
Bendahari

AHLI JAWATAN KUASA (AJK)

En. Mohd Rafiq Bin Hamidullah
En. Pathi Nathan
Pn. Arbaayah Binti Kader
En. Razali Bin Ramli (Pindah ke Sewarak)
En. Krisnan a/l Sahdevan (Letak Jawatan)
En. Nathan a/l Muniandy
Sdr. Anand a/l Subamaniam
Sdr. Kishok Kumar
Sdr. Chandran

Unit Penerangan JMB

Ahad, 4 Januari 2009

HUBUNGGI KAMI

BADAN PENGURUSAN BERSAMA (BPB)
Pangsapuri Laksamana Jaya (Blok-A)
Mukim Batu, Daerah Gombak
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: pengurusanbpb08@gmail.com